VVIP DENAI CINTA

24 April 2011

LELAKI TAKUT 'DEKATI' CIKGU SHIDA

Errr... Metro Ahad hari ni ada dua artikel perihal dua anak dara. Satu cerita perihal anak Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Dekritawati Yuliana Bukhari dan satu lagi kisah perihal Cikgu GILA yang syok buat video miming di Youtube iaitu Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz. Dua-dua cerita adalah berkisar kepada soal 'hati'.

Berbicara soal
Dekritawati Yuliana Bukhari atau Rita, rasanya ramai jugaklah lelaki normal di luar sana yang mengimpikan beliau sebagai suri hidup. Walaupun mungkin ada juga yang lebih memandang keberadaan Rita kerana mewarisi harta peninggalan bondanya.

Tetapi andai dilihat kepada cikgu lupa diri seperti Cikgu Syida ni, emmmmmmm... Sape yea yang sanggup beristerikan cikgu ini...? Mungkin peminatnya...? Entah!!! Apapun, jodoh pertemuan serta hidayah tu di tangan Allah swt. Semoga Allah swt membuka jalan untuk cikgu ini kembali ke pangkal jalan dan menghormati status Muslimah yang dipegangnya. ~ Wallahu a'lam~

TIADA PEMINAT 'ISTIMEWA'
PARIT : "Mana ada... lelaki mungkin takut nak mendekati saya selepas menyaksikan klip video yang saya hasilkan," itu reaksi spontan Cikgu Syida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, apabila ditanya kemungkinan ada lelaki cuba mendekatinya untuk dijadikan pasangan hidup selepas akhbar ini mendedahkan klip video gila-gila diciptanya dalam laman web Youtube.

Cikgu Syida yang masih bujang mencetuskan fenomena tersendiri di kalangan pelayar Internet tempatan apabila klip video miming diciptanya meraih populariti luar biasa selepas ditayangkan di laman web sosial berkenaan.


Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu 'Kalau Berpacaran' nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.


Sejak enam hari lalu, klip video berkenaan menerima tambahan 100,000 pelayar sebaik kisahnya dipaparkan Metro Ahad pada 17 April lalu, menjadikan keseluruhan 1,135,751 pelayar sehingga petang semalam selain laman web peminatnya dikunjungi lebih 40,000 peminat.
Dia yang dihubungi wartawan Metro Ahad semalam menegaskan, tiada peminat 'istimewa' cuba mendekatinya, sebaliknya ramai memuji dan menghormati 'kerjaya' baru dilakukannya.

"Saya tidak menyangka bakal memperoleh populariti setaraf 'selebriti', namun pada masa sama akan tetap meneruskan hobi ini selagi tidak menyalahi undang-undang serta mencemarkan profesion perguruan.
Malah, saya percaya lambat laun ia akan diterima semua golongan masyarakat," katanya yang kini berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang, Bota Kiri.

Katanya, dia tidak menyangka menerima ramai kawan baru, malah hampir 5,000 peminat mengunjungi laman web peminatnya dalam sehari. D
ia juga terkejut, dalam tempoh enam hari semua klip video mimingnya terus menerima kunjungan pelayar Internet daripada serata dunia.

Cikgu Syida, anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, mula menghasilkan miming lagu pertamanya bertajuk 'Selamat Hari Raya' dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails