VVIP DENAI CINTA

02 April 2011

Kanak-Kanak Lambat Bercakap Antara Tanda Autisme - Pakar

Ibubapa yang memiliki anak kecil, semoga kita peka dengan perkembangan anak-anak comel ini. Segala kemusykilan mengenai tahap kesihatan serta perkembangan anak sebolehnya kita rujuk kepada mereka yang berpengalaman atau mendapatkan pakar agar segala permasalahan dapat ditangani dari awal.

KUALA LUMPUR, 2 April : Ibu bapa yang mendapati anak mereka lambat bercakap, kurang aktif serta tidak suka bergaul dinasihatkan agar merujuk kepada pakar kanak-kanak. Ini kerana kata Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Jaafar Md.Zain, kanak-kanak itu mungkin mengalami gangguan perkembangan otak atau autisme.

"Ibu bapa yang kurang peka dengan gejala awal menyebabkan ramai kanak-kanak di negara ini tidak mendapat rawatan awal sekali gus menyukarkan proses pemulihan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Kesedaran Autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia 2011, di sini Sabtu.

Dr Jaafar yang juga Pengarah Pusat Perubatan UKM berkata kira-kira 50,000 kanak-kanak di negara ini menghidap autisme, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia pula menganggarkan 67 juta kanak-kanak di seluruh dunia mengalami masalah itu.

Beliau berkata sebaiknya kanak-kanak terbabit diberi rawatan awal secepat mungkin memandangkan perkembangan otak kanak-kanak adalah amat pesat terutamanya pada peringkat usia tiga tahun.

Katanya berdasarkan satu kajian, jika intervensi awal dimulakan sekurang-kurangnya dua tahun semasa prasekolah, tahap kemajuan yang signifikasi dapat dicapai daripada segi IQ dan kebolehan bercakap bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah itu.

Mengulas lanjut mengenai autisme, Dr Jaafar berkata ia adalah gangguan perkembangan otak yang kompleks sehingga menjejaskan aspek komunikasi, emosi, minat untuk bergaul, kurang daya imaginasi dalam permainan serta minat kanak-kanak berkenaan.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails