VVIP DENAI CINTA

08 Mac 2011

Kerajaan Kecewa - Hanya 700,000 Saman Dibayar

Ah!!! Kenapa aku berkerajaankan mereka (pemimpin) yang tak memahami permasalahan rakyat? Rakyat makin terhimpit dan tersepit dengan pelbagai kenaikan harga barangan keperluan harian. Entah-entah esok lusa harga minyak naik lagi.

Sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia pastinya menikmati keuntungan apabila pasaran minyak mentah dunia mengalami kenaikan. Negara untung tetapi rakyatnya? Sepatutnya apabila harga minyak dunia melonjak naik maka rakyat turut sama menikmati faedahnya kerana kita adalah negara pengeluar dan bukannya pengimport minyak!!! (ini tidak, bila harga minyak dunia mengalami kenaikan, maka itu dijadikan alasan untuk kerajaan menaikkan harga minyak di Malaysia!!!)


Berbalik kepada bayaran saman ni, rakyat semakin susah dan terhimpit. Bukannya tak mahu bayar, tetapi kocek rakyat dah makin kempis
wahai kerajaan yang mendahulukan rakyat!!!!! Bukan setakat diskaun 50%, kalau bagi diskaun 70% pun rakyat belum tentu mampu melunaskan bayaran saman tersebut!!!

Antara saman dan membeli susu serta pampers anak serta beras untuk keluarga, mana yang harus didahulukan. Nak beli barangan keperluan harian, atau bayar saman 'PERANGKAP HAD LAJU'? Rakyat sememangnya sentiasa diperangkap dan terperangkap.....


Bernama
PUTRAJAYA, 7 Mac : Hanya 700,000 saman trafik dibayar dalam tempoh enam hari selepas diskaun bayaran kompaun berkenaan dilanjutkan, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof. Beliau berkata jumlah saman yang dibayar itu hanya melibatkan 4% daripada 17.3 juta saman yang masih tertunggak pada 28 Feb lepas.

"Pemilik-pemilik kenderaan perlu mengambil tindakan membayar saman masing-masing kerana tinggal beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita di sini Isnin. Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir 28 Feb lepas, selama 10 hari lagi sehingga Khamis ini.
Lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut ialah bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.

Sebelum itu, Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof berkata sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan. Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lepas, berakhir 28 Feb lalu.

Mengulas lanjut, Abu Seman berkata orang ramai yang ingin mengemukakan sebarang rayuan berhubung kesahihan kesalahan mereka, dinasihatkan supaya mengemukakan bukti kepada pihak berkuasa untuk disemak.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya sedang mengkaji supaya pembayaran saman trafik diselaraskan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Abu Seman berkata pihaknya juga mengalu-alukan cadangan daripada orang ramai supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan terhadap saman trafik.

1 ulasan:

Awanama berkata...
Ulasan ini telah dialih keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts with Thumbnails