VVIP DENAI CINTA

06 Januari 2011

BERITA AUTA : Harga Minyak Masak Tidak Akan Dinaikkan, Kata Ismail Sabri

PUTRAJAYA,5 Jan : Jemaah Menteri Rabu memutuskan harga minyak masak tidak akan dinaikkan buat masa ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa harga bahan tersebut akan dinaikkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina kelak.
Oh! Tak naikkan buat masa ini je la yea Mail Sabri? Tu pun sebab nak ambik hati masyarakat Cina, kan? Lepas Tahun Baru Cina, Encik Mail pun tak pasti harga tu kekal macam sekarang kan...?

"Sehubungan itu, kepada pengguna yang panik membeli (minyak masak) secara banyak, cukuplah buat kerja itu," katanya kepada pemberita di sini Rabu.
Kau bolehlah cakap macam tu Mail Sabri. Sebabnya kau tak pernah kekeringan duit. Rakyat bawahan ni tentulah panik kalau dengar harga barangan nak dinaikkan. Sesedap rasa je kau suruh orang jangan buat macam tu (beli minyak secara banyak) walhal pada masa yang sama kau dah ada perancangan nak naikkan harga.

Beliau juga menjelaskan kekurangan minyak masak yang berlaku di sesetengah tempat adalah akibat tindakan sebuah syarikat yang menghentikan penjualan sebanyak 4,000 tan metrik bahan itu pada bulan lepas, selain berlaku penyelewengan pada kalangan pemborong dan syarikat membungkus semula minyak.

Cakap banyak pun tak guna derrrr... Suruh rakyat jangan panik tapi kau tak ambil tindakan tegas kepada syarikat-syarikat serta pihak menyeleweng tu. Kuasa kat tangan kau, so kau gunakanlah kuasa tu sebaik mungkin.

Sebagai penyelesaian, Ismail Sabri berkata bekalan bahan itu akan ditambah sebanyak 14,000 tan metrik, menjadikan jumlah pengeluarannya meningkat kepada 84,000 tan metrik pada bulan ini.

Kalau betul bertambah, baguslah. Kalau sekadar pengeluaran bertambah tetapi pihak menyeleweng turut menambahkan stok untuk disimpan dan tak dihantar kepada pengguna, tak de maknanye gak dollll!!!

Selain itu, pihaknya bersama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri telah menubuhkan pasukan petugas khas bagi mengatasi isu penyelewengan tersebut, kata beliau.

Eh! Lembab cam siput gak kau ni Mail. Rasanya rakyat dah sekian lama terbeban dan melalui episod demi episod kes menyorok barangan keperluan ni. Dulu gula pun pernah disorok. Baru nak tubuhkan pasukan petugas khas? kahkahkahkahkahkahkahkahkah!!!

"Pasukan petugas khas ini ditubuhkan untuk mengambil tindakan dan menyiasat semua syarikat membungkus semula dan kilang-kilang penapis minyak masak yang melakukan penyelewengan termasuk menjual semula minyak masak kepada industri," kata beliau.

Ambil tindakan? Menyiasat semua syarikat? Bagus. Kata biarlah dikotakan...

Mengulas mengenai harga petrol RON 97 dan minyak tanah yang masing-masing naik sebanyak 10 sen seliter mulai hari ini, beliau berkata hal itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana harga kedua-dua bahan bergantung kepada harga pasaran minyak mentah dunia.
"Memanglah kita tidak umumkan, melainkan minyak Petrol RON 95 yang dikawal kerajaan," katanya.
Hal ni tak menjadi isu bagi kau Mail. Sebabnya kauberjawatan dan bergaji besar!!! Kalau kau ambil tahu hal rakyat, mungkin kau akan tahu jerih perihnya rakyat dalam menghadapi segala macam kenaikan ni. Cakap biarlah guna akal Mail. Tolonglah jangan guna kepala lutut.

Kenapa gunakal dalil dan letakkan harga minyak mengikut pasaran minyak mentah dunia sedangkan kita adalah NEGARA PENGELUAR MINYAK? Harga minyak mentah dunia naik, bukankah kita sebagai pengeluar minyak turut untung? Lagiiii mau tipuuuu ka Mail??? Hahahahahahahaaaaaa!!!


Semalam Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia Datuk Hashim Othman memberitahu dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails