VVIP DENAI CINTA

30 Januari 2011

TAZKIRAH : Perkataan 'SALAM' Apa Maksudnya?

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN 'SALAM'?
Apakah maksud di sebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka
dan katakanlah : "Salam (selamat tinggal)."
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).
(QS. 43 : 89)

Gunakanlah : ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu 'Assalamualaikum''Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh'.
Ringkasnya, baginda SAW akan memberi salam dengan ucapan : 'Assalamualaikum' dan… menjawab salam dengan ucapan - 'Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh'.

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah : 'WAALAI KUMUS SALAM' dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu : 'WAALAI KUM SALAM'.

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
, "Kirim salam, Assalamualaikum pada Siti Nurhaliza ye." SEKADAR CONTOH. Dan bukannya hanya berkata : "Kirim salam kat Siti Nurhaliza ye."

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kim salam maut kat Siti Sifir ye!!!"
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan 'Assalamualaikum' dengan 'Akum' dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan 'Assalamualaikum' itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan 'As Salam' yang membawa maksud sama dengan 'Assalamualaikum'.

Bersamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform 'Akum' dalam SMS ataupun email. Perkataan 'Akum' adalah gelaran yang digunakan orang-orang Yahudi untuk ditujukan kepda orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.


Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform 'Akum', kita ingatkan dia agar menggunakan 'As Salam' kerana ia dari perkataan 'Assalamualaikum'.
.......................................................
Dan jangan menggunakan perkataan 'Bye' kerana 'Bye' adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud 'Di Bawah Naungan Pope'. Jangan guna 'Akum' kerana 'Akum' bermaksud 'Binatang' dalam bahasa Yahudi. Jangan guna 'Semekom' kerana 'Semekom' bermaksud 'Celaka Kamu'. Gunakan perkataan 'As Salam' sebagai singkatan bagi 'Assalamualaikum'. Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa. Sekian, semoga ada manfaatnya. - Sumber : E-mail dari sahabat alam-maya

2 ulasan:

tembikai berkata...

salam

just sekadar my 2 cents..
berkenaan dalil yg digunakan di atas..rasenye tak cukup hanya merujuk satu ayat..
cuba rujuk surah yasin ayat 58..
yg bermaksud, 'salam', sebagai ucapan selamat(sejahtera) dari Tuhan Yang Maha Penyayang..

Rohaifi Azri berkata...

tQ watermelon
atas teguran...

insyaAllah nnti ambo rujuk ayat tersebut dan dalil lain...

Related Posts with Thumbnails