VVIP DENAI CINTA

19 September 2012

RASUAH : Inspektor Polis Dipenjara 5 Tahun, Denda RM25,000

Polis? RASUAH? Bagai isi dan kuku? Bagai irama dan lagu? Bagai kentut dan bau? Apa sudah jadi. Polis yang kita harapkan sebagai penegak undang-undang tetapi telah mengkhianati amanah yang diberi. Memanglah tak semua polis tu jahat dan bikin salah-laku, tapi tak kurang juga bilangan anggota keselamatan ini yang buruk-lakunya. Penambah-baikan serta pemantapan terhadap pasukan polis harus diutamakan. Nilai-nilai Islam patut diterapkan, jangan hanya takut kepada ketua, jangan hanya taat kepada pemerintah, takut-taat-patuhlah kepada Raja Yang Maha Kuasa; Tuhan Yang Maha Agung Allah swt.
 
SHAH ALAM, 19 Sept : Seorang inspektor polis dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM5,000 daripada seorang suspek kes samun, tiga tahun lepas.
 
Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah. Mat Ghani juga memerintahkan tertuduh, Mohd Firdaus Mohd Japar, 26, menjalani hukuman penjara 25 bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
 
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM8,000 kepada RM10,000.
 
Mohd Firdaus didakwa menerima RM5,000 daripada Mohd Noorsham Sapingai, 30, untuk menyelesaikan kes lelaki itu yang ditahan sebagai suspek kes samun dan rompak dengan bantuan Timbalan Pendakwa Raya di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 5 petang pada 21 Mac 2009. - BERNAMA

1 ulasan:

Puteri Lindungan Bulan berkata...

"Bagai kentut dan bau"?? Peribahasa terbaru kah nii..bleh ganti tempat Karam Singh Walliah nii...hihihi

Related Posts with Thumbnails