VVIP DENAI CINTA

19 Julai 2010

Ah! Undang-Undang Ciptaan Manusia Memang GAMPANG!!!

Undang-undang ciptaan manusia memang gampang!!! Gampang kalau dalam bahasa Indonesia, maksudnya 'senang'. Tapi apabila diguna-pakai di Malaysia, ia membawa maksud 'sial'!!!

Mengapa aku mengatakan undang-undang ciptaan manusia itu gampang dan sial...? Sial kerana ia sebagaimana sifat manusia itu yang tidak sempurna, mereka-cipta sendiri undang-undang untuk mengawal manusia sehinggakan sanggup mengenetepikan undang-undang yang termaktub dalam al-Qur'an.

Mana mungkin manusia dapat mencipta dan menggariskan undang-undang sesempurna yang telah disediakan oleh Allah swt Tuhan Seru Sekalian Alam...!!! Apabila manusia menggunapakai undang-undang tidak berlandaskan SYARIAH, maka kita akan melihat sekian banyak kecelaruan berlaku. Hukuman yang tidak setimpal. Hukuman yang tidak relevan!!! Pesalah terlepas dan ada masanya yang tak bersalah terhukum!!! Yang berkuasa memiliki segalanya untuk melepaskan diri sedangkan yang lemah akan terus tertindas serta terhukum kerana tiada daya upaya untuk 'membeli' kebebasan!!!

PENGANGGUR ROMPAK RM30 KENA 7 TAHUN - Berita Hairan
Isnin 19 Julai 2010; KOTA BHARU : Seorang penganggur yang berkongsi hasil rompakan bernilai RM30 hampir dua tahun lalu, dihukum penjara tujuh tahun dengan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh Ibrahim Othman, 27, dari kampung Selising, Pasir Puteh, mengaku bersalah sejurus mendengar pertuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwaraya, Nor Hamizah Ghazali, di hadapan Hakim, Rofiah Mohamad.

Dia didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang lelaki dan mengambil wang tunai sejumlah RM30 milik mangsa dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi di Jalan Selising Timur, Selising, Pasir Puter, pada 10 Ogos 2008. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan, yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, tertuduh bersama seorang rakannya yang menunggang motosikal, menahan mangsa yang sedang berjalan sendirian di tempat kejadian sebelum mengambil wang RM30 daripada seluar mangsa.

.................................................

Rompak RM30 dan anda dipenjara 7 tahun serta 1 sebatan. Tetapi kaut komisyen dan rasuah ratusan juta, ANDA TERLEPAS!!! Bukan menidakkan hukuman yang dikenakan kepada pesalah ini yang merompak. Tetapi kenapa mereka yang melakukan rasuah jutaan RM tidak diheret kemuka pengadilan hanya kerana KUASA ditangan mereka...?

Dan adilkah juga dalam situasi di atas untuk kita (RAKYAT) 'menanggung' makan-pakai seorang banduan selama 7 tahun di dalam penjara...? Dari memberikan duit rakyat untuk 'menanggung' banduan sebegitu, ada baiknya duit tersebut digunakan bagi membiayai seorang pelajar sehingga berjaya ke menara gading!!!

Andainya seorang banduan, kos makan-minumnya sehari RM15 :
RM15 x 365 hari = RM5475 setahun
RM5475 x 7 tahun = RM38,325.00!!!

Sekiranya dilaksanakan UNDANG-UNDANG ALLAH SWT...
WANG NEGARA DAN RAKYAT DAPAT DISELAMATKAN
DAN KEAMANAN DAPAT DIJAGA!!!
+
PEMIMPIN YANG KORUP PUN
DAPAT DICANTAS!!!

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails