VVIP DENAI CINTA

20 Oktober 2010

Mahkamah Lawat Lokasi Aminul Ditembak

Peguam pihak pembelaan dalam perbicaraan kes kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang ditembak polis cuba menimbulkan keraguan ke atas saksi utama, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin dengan mengaitkan hubungan rapatnya dengan keluarga Aminulrasyid.

Zafrullah, 28, berkata beliau menelefon Shahriman, abang simati yang juga rakannya pada 26 April lalu ketika berjalan dari rumahnya di Jalan Silat Gayung menuju ke lokasi kejadian di Jalan Tarian 11/2 in Shah Alam. "Saya telefonnya kerana perlanggaran itu berlaku berhampiran rumahnya. Dia tidak jawab panggilan itu,” kata Zafrullah berhubung kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira 100 meter dari rumah Aminulrasyid.

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, peguam MM Athimulan berkata Zafrullah menelefon Shahriman kerana beliau mengetahui kereta berkenaan milik abggota keluarga Aminulrasyid.

Athimulan:
Awak tahu Aminulrasyid berada dalam kereta. Sebab itu, awak telefon Shahriman.

Zafrullah:
Bukan, Saya telefonnya kerana ia berlaku berdekatan rumahnya. Saya mahu memberitahunya tetapi dia tak jawab.

Athimulan:
Itu tak dekat! Rumahnya di hujung jalan (Jalan Makyong).

Zafrullah:
Ia di hadapan lorong menuju rumahnya.

Athimulan : Ia bukan di depan rumahnya. Tak dekat rumahnya. Ini bermakna awak tahu kereta putih itu miliknya?

Zafrullah
: Saya tak tahu. Saya tidak pernah lihat (kereta berkenaan).

Zafrullah kemudian terus diasak oleh seorang lagi peguam bela berhubung perkara yang sama.

Salim :
Awak tak tau kereta siapa dan siapa yang terlibat, habis mengapa telefon Shahriman?

Zafrullah:
Saya mahu beritahunya sesuatu berlaku di rumahnya.

Salim :
Adakah awak beritahu Shahriman berhubung semua kemalangan yang berlaku di sana?

Zafrullah :
Dia adalah kawan yang tinggal dekat rumah saya. Kejadian berlaku antara rumah saya dan rumahnya.


TIDAK BACA SKRIP


Salim juga menyoal Zafrullah mengapa dia menunggu sehingga tiga hari sebelum membuat laporan polis dan sama ada kenyataannya kepada polis dibuat oleh peguamnya, Fadiah Nadwa Fikri.

"Peguam itu berkata dia akan temani saya ke balai polis pada masa yang sesuai. Saya beri kenyataan pada masa itu, saya tidak baca dari skrip,” katanya sambil menambah laporan itu dibuat bagi membantu keluarga si mati. Saksi itu juga berkata beliau sebelum itu pernah menceritakan mengenai apa yang terjadi kepada peguam berkenaan yang diperkenalkan oleh keluarga Aminulrasyid.

Pelajar berusia 28 tahun itu juga berkata dia tidak bercakap dengan seseorang yang dikenali sebagai Mona sebelum membuat laporan polis. Mona Liza Mohtar sebelum itu pernah mengiringi Azamuddin Omar, 15, yang berada dengan si mati ketika ditembak di kereta Proton Iswara, pada satu sidang media di mana remaja itu mendakwa dibelasah oleh polis.

Walaupun seringkali diasak, Zafrullah dengan tenang menjawap soalan yang dilemparkan.

Lawat lokasi Aminul ditembak mati


Awal hari ini, hakim dan peguam yang terbabit dengan perbicaraan itu melawat tempat kejadian di Seksyen 11, Shah Alam.
Pada keterangannya , Zafrullah berkata dia ternampak seseorang - dipercayai Azamuddin, yang juga berada di kereta bersama si mati - yang berlari dari kawasan itu menuju ke Jalan Wau 11/2, kira-kira 25 khaki dari Iswara tersebut. Zafrullah berdiri di bahagian belakang rumahnya yang kedudukannya lebih tinggi daripada kawasan perlanggaran yang terletak kira-kira 30 meter jauhnya.

Oleh kerana pintu belakang tidak mempunyai jalan ke lokasi berkenaan, Zafrullah ke luar melalui pintu depan dan perjalanan mengambil masa kira-kira lima minit. Zafrulah memberitahu mahkamah bahawa pintu pemandu dilihatnya terbuka tetapi tidak dapat dipastikan sama ada pintu penumpang depan rosak ataupun terbuka.

Korporal Jenain Subi, 48, didakwa atas tuduhan membunuh tanpa niat pada kejadian antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April lalu. Dakwaan itu membawa hukuman penjara 30 tahun jika didapati bersalah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails