VVIP DENAI CINTA

23 Ogos 2010

BOLEH BAHARUI CUKAI JALAN? BETUL KE...? JANGAN LA TINGG TONGG RAKYAT!!!

BOLEH BAHARUI CUKAI JALAN, LESEN MEMANDU - UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 13 Ogos :
Pemilik kenderaan yang masih menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu disebabkan saman ekor boleh berbuat demikian selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemas kini data-data sistem jabatan itu, semalam.


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman mengakui wujud 'gangguan' untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan tetapi telah berjaya diselesaikan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan masalah tersebut.

"Kita baru selesai mengemas kini data-data pemilik kenderaan yang disenarai hitam dan ingin memperbaharui cukai jalan serta lesen.
Bermula semalam, orang ramai boleh pergi ke pejabat JPJ untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan kerana semua sistem di pejabat JPJ telah dikemas kini. Bagaimanapun, orang ramai perlu membayar saman-saman terbabit di kaunter pejabat dan bukannya di kios," katanya.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai yang mempunyai masalah tersebut supaya merujuk kepada pihak JPJ. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusuf berkata, perkara itu adalah di bawah tanggungjawab JPJ sejak penarikan sementara saman yang disenarai-hitamkan.

Beliau menjelaskan, penambahbaikan sistem pengurusan saman berkomputer (saman trafik cops) yang sedang dijalankan PDRM sehingga 16 Ogos ini, tidak melibatkan urusan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan masing-masing.
Beliau mengulas rungutan orang ramai yang masih gagal memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan masing-masing meskipun selepas kerajaan menarik balik tindakan menyenaraihitamkan kenderaan buat sementara waktu bermula kelmarin hingga 28 Februari tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, Kabinet mengambil keputusan itu setelah mengambil kira dan mempertimbangkan aduan, rayuan serta rungutan orang ramai mengenai tindakan itu.


........................................................


Forum / Surat Pembaca Utusan Malaysia

MASIH GAGAL BAHARUI CUKAI JALAN

17/08/2010


KERAJAAN telah mengumumkan penangguhan terhadap saman ekor ke atas nama pemandu yang disenarai hitam akibat daripada saman ekor.
Saya amat berterima kasih kepada kerajaan atas keprihatinan meringankan sedikit beban pesalah trafik.

Namun tanggapan saya meleset apabila saya gagal memperbaharui cukai jalan untuk sebuah kereta saya yang tidak ada satu pun kesalahan trafik.
Yang lebih membingungkan saya ialah saya telah pergi ke balai polis daerah dan bertanya mengenai kesalahan trafik yang saya lakukan.

Petugas kaunter telah memberikan senarai saman dan dia memaklumkan bahawa saya ada satu saman 'black list' dan perlu menyelesaikannya untuk membolehkan saya memperbaharui cukai jalan.


Jadi apakah maksud semua ini? Kalau tangguh katakan tangguh. Saya tidak tergamak hendak memberi sejumlah wang untuk kesalahan yang saya tidak lakukan.
Saya juga mengerah tenaga untuk mencari wang ringgit untuk menyara anak isteri saya. Cukai jalan dan insurans kenderaan yang terpaksa dijelaskan ialah sekitar RM1,300.

Bagi kesalahan yang disenarai hitam berjumlah RM300. Jumlah keseluruhan sahaja sudah menjangkau RM1,600.
Jadi saya mahukan penjelasan dalam tempoh itu senarai hitam tetap kena bayar juga?

BERANI KERANA BENAR

Kuala Lumpur

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails