VVIP DENAI CINTA

30 April 2010

PDRM PERLU TERBUKA TERIMA KRITIKAN, BUKAN UGUT RAKYAT

Polis Perlu Terbuka Terima Kritikan Rakyat
KUALA LUMPUR, 30 April : Polis digesa bersikap terbuka menerima sebarang kritikan dan bukannya bertindak mengeluarkan kata dua berbaur ugutan kepada rakyat. Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, PAS kesal dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi kata dua untuk tidak mengarahkan anggotanya menahan kereta mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram jika tekanan kuat terus diberikan kepada mereka.

Musa dilaporkan berkata demikian sebagai mengulas tekanan yang diterima pihak polis ekoran kematian remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis ketika dikejar kereta polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Mengulas perkara itu beliau berkata, polis sepatutnya bersikap profesional dan berusaha memperbaiki kelemahan mereka. "Polis dibayar gaji mengunakan wang rakyat jadi tiada sebab Musa perlu arahkan anggotanya supaya tidak bekerja. Sama ada beliau merajuk atau tertekan, ugutan itu tidak sepatutnya dilemparkan kepada rakyat."

"KPN yang kontraknya telah disambung beberapa kali harus bekerja bersunguh-sungguh bagi mendapatkan kepercayaan rakyat. Jika beliau tidak mampu, lebih baik beliau berundur sahaja," katanya dalam satu kenyataan.

28 April 2010

KISAH AMINULRASYID : CERITA DARI AHLI PARLIMEN SHAH ALAM


Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali.
Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

AMINULRASYID 1PEMBUNUHAN Di Bumi 1MALAYSIA


KEMATIAN AMINULRASYID
1PEMBUNUHAN - Peguam


SHAH ALAM, 28 April : N. Surendran (gambar), peguam bagi keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja yang ditembak polis berkata, apa yang berlaku kepada mangsa adalah satu pembunuhan. "Kita melihat ini sebagai satu pembunuhan," ujar beliau semalam dalam suatu kenyataan media di kediaman Aminul.

Menjawab soalan pemberita, Surendran berkata, insiden yang menimpa Aminul sama motifnya dengan yang berlaku kepada Norizan Salleh yang ditembak lebih lima das tembakan oleh polis pada Oktober lalu. "Ya, kes ini lebih kurang sama dengan kes tembak Norizan Salleh tahun lepas," tambahnya lagi.

AMINULRASYID : SEMOGA SIASATAN POLIS TELUS DAN ADIL

Polis Teliti Laporan Rakan Aminulrasyid
SHAH ALAM : Polis akan meneliti dan menyiasat laporan yang dibuat oleh rakan Aminulrasyid Amzah yang berada bersamanya ketika ditembak mati oleh anggota polis peronda di Seksyen 11, di sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan menerima laporan rakan remaja yang mendakwa berada dalam kereta ketika kejadian, bagaimanapun enggan mengulas kandungan laporan kerana ia sebahagian siasatan yang sedang dijalankan.

27 April 2010

SEANDAINYA ANAK PERDANA MENTERI 1MALAYSIA DITEMBAK POLIS

Sekiranya anda membaca tajuk berita sedemikian, pada firasat anda, apakah di dalam berita tersebut akan menyebut bahawa anak sang Perdana Menteri itu ditembak kerana disyaki anggota geng penyamun atau penjenayah?

Dan apakah pihak polis akan mengeluarkan kenyataan bahawa anak sang Perdana Menteri adalah penjenayah yang dikehendaki dan anggotanya melepaskan tembakan kerana suspek mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri...???

BUKIT AMAN DIMINTA SELESAIKAN SEGERA KES AMINULRASYID

MP - KES AMINULRASYID PATUT DISELESAI SEGERA
Ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkara polis patut menyelesaikan dengan cepat kes seorang remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh polis awal pagi semalam. Gobind bertindak sebagai peguam pihak saksi, rakan Aminulrasyid yang berjaya melarikan diri dalam insiden tersebut.

"Kes ini boleh diselesaikan dengan cepat. Kes ini cukup jelas, kita ada saksi kejadian," katanya ketika menziarahi keluarga Aminulrasyid di Seksyen 11 Shah Alam pagi ini. Beliau bagaimanapun enggan mengulas panjang kerana menurutnya kes tersebut masih disiasat.

"Saya minta Bukit Aman mengendalikan kes ini. Kita tidak mahu ia berlaku lagi di masa depan," katanya. Ahli parlimen Puchong itu juga berhasrat menemui Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar hari ini berhubung kes tersebut.

"JANGAN LAPOR BUKAN-BUKAN," Rayu Ibu Aminulrasyid

Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi 'mencari keadilan'.

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media. "Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
Related Posts with Thumbnails