VVIP DENAI CINTA

30 Oktober 2012

HARAMKAN SHISHA - Sama Bahaya Dengan Rokok!

Shisha oh shisha. Entahla, aku bukan penghisap shisha dan setakat ni tak pernah teringin untuk menenyedutnya sebagaimana rokok yang juga tidak mampu membangkitkan ghairahku untuk menikmatinya. Buat sahabat yang menghisap rokok mahupun shisha, cubalah seboleh mungkin untuk mengurangkan dan andai boleh berhentilah dari tabiat menghisap 2 benda yang memudaratkan kesihatan ni..... Tubuh ini hanya pinjaman dari ALLAH SWT, jagalah ia sebaiknya.

CAP Gesa HARAMKAN Shisha Mudarat Kesihatan
KUALA LUMPUR : Gejala menghisap shisha yang semakin menular dalam kalangan remaja masa kini dan kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha perlu diberi perhatian serius dengan segera oleh pihak berkuasa kesihatan dan majlis perbandaran.


"Langkah ini perlu diambil dengan segera memandangkan menghisap shisha ini dikatakan sama bahayanya dengan menghisap rokok,” kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris dalam satu kenyataan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), amalan menghisap hookah atau shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau menggunakan produk tembakau lain.

Beliau berkata, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter. Menurutnya, mereka yang menghisap rokok selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.

Jelas beliau lagi, dalam satu laporan oleh sebuah akhbar tempatan yang memuatkan temubual dengan seorang pengamal perubatan mengenai bahaya menghisap shisha, dikatakan penghisap shisha turut boleh mengalami ketagihan seperti penghisap rokok biasa, kerana penggunaan tembakau sebagai bahan utama sememangnya membahayakan kesihatan.

Beliau menambah, penggunaan arang dalam peralatan dalam peralatan untuk menghisap shisha boleh meningkatkan masalah paru-paru berikutan arang yang digunakan boleh mendap dalam saluran pernafasan si penghisap.

"Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada, memandangkan shisha turut mengandungi nikotin dan karbon dioksida yang terdapat dalam rokok biasa, penggunaan berterusan hanya akan memudaratkan kesihatan dalam jangka masa penjang,” ujarnya.

Sehubungan itu, kata beliau CAP menggesa pihak berkuasa supaya mengharamkan penggunaan shisha dan pihak berkuasa tempatan tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan untuk menghisap shisha. “Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan,” katanya lagi. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails