Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi
Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.
Bayangkan, apabila wanita menelan Viagra / Cialis
Apakah reaksi yang berlaku pada sistem tubuh wanita itu?
Mengikut testimoni dari wanita yang telah meminum kopi yang dirampas ini, mengakui nafsu seks mereka menjadi lebih teruja dan memberangsangkan selepas meminum kopi ini.
Bagaimanapun, sebenarnya wanita itu tidakpun mengetahui bahawa kopi yang diminum itu mengandungi bahan yang merupakan untuk mengubati mati pucuk (impontensi) yang sebenarnya digunakan untuk lelaki mempunyai masalah demikian.
Kopi campuran yang dirampas di dalam operasi besar-besaran di seluruh negara ini sebenarnya telah berada dalam pasaran sejak lebih 2 tahun lalu.
Ia dijual secara jualan langsung (MLM)
Harganya bukan murah, RM30 sepeket 20gm, (RM300 untuk sekotak 10 peket).dan mempunyai dua jenis pembungkusan - kopi untuk lelaki dan kopi untuk wanita.
Syarikat yang diserbu ini sebenarnya telahpun dibatalkan Lesen Jualan Langsungnya oleh Kementerian Perdangangan Dalam negeri, Koperasi dan Kepenggunaan KPDNKK
Setelah beberapa bulan menjalankan siasatan, risikan dan mendapatkan maklumat dalaman, akhirnya ibupejabat syarikat yang terletak di Taman Shamelin Perkasa diserbu.
Turut diserbu, kilang pembungkusannya di Melaka dan semua pejabat stokis di seluruh negara.Rampasan bernilai kira-kira RM1 juta.
Nampak mudah, tetapi sebenarnya banyak 'homework' perlu dibuat sebelum serbuan dilakukan kerana sebarang kesilapan boleh membawa implikasi besar.
'Kunci' utama ialah laporan kimia setelah sample produk diuji di makmal, membuktikan kandungan sebenar di dalam kopi campuran ini.
Ada dua jenis sample diujikaji dan hasilnya:
Extremen - (untuk lelaki) - mengandungi hydroxythiohomosildenafil
sejenis analog sildenafil iaitu sildenafil yang telah diubahsuai strukturnya dan sukar ditemui / dikesan melalui ujikaji jika makmal yang digunakan tidak canggih.
Sildenafil (Viagra) - digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi; ketikdamampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Sildenafil adalah di dalam kelas fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Sildenafil meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual berlaku.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.
Extrewomen - (untuk wanita) - mengandungi tadalafil dan kaffein
Tadalafil digunakan untuk mengubati disfungsi ereksi (impotensi;ketidakmampuan untuk mendapatkan atau mempertahankan ereksi). Tadalafil berada dalam kelas disebut fosfodiesterase (PDE) inhibitor. Ia bertindak dengan meningkatkan aliran darah ke penis selama rangsangan seksual.Hal ini meningkatkan aliran darah dapat menyebabkan ereksi. Tadalafil tidak menyembuhkan disfungsi ereksi atau meningkatkan hasrat seksual.
Ia dikawal di bawah Akta Racun 1952, group B poison list.
Pengarah Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan, Mohd Hatta Ahmad berkata, orangramai seharusnya tidak mudah terpedaya dengan sebarang produk yang kini kebanyakannya dibungkus dan didakwa sebagai kopi dan mempunyai pelbagai 'kuasa luarbiasa'.
Harga yang begitu mahal serta dakwaan-dakwaan ajaib itu sepatutnya menimbulkan kecurigaan kepada mereka dan boleh meminta nasihat dari pihaknya jika meragui kandungan di dalamnya.
Beberapa lagi produk syarikat ini akan diuji dimakmal bagi menetukan kandungan sebenar di dalamnya.
Disalin tampal dari blog : ONDSCENE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan