VVIP DENAI CINTA

22 Disember 2009

SETIA SEORANG LELAKI

Pagi itu klinik sangat sibuk. Sekitar jam 9:30pagi, seorang lelaki berusia 70-an datang untuk membuka jahitan pada luka di ibu jari tangannya. Aku menyiapkan peralatan dan memintanya menunggu, sebab semua doktor masih sibuk, mungkin dia akan dirawat setidak-tidaknya 1 jam lagi.

Sewaktu menunggu, lelaki tua itu nampak gelisah, sebentar-sebentar melihat jam tangannya. Aku merasa kasihan. Jadi walaupun sedang sibuk aku cuba untuk memeriksa lukanya, dan nampaknya cukup baik dan kering, tinggal membuka jahitan dan memasang balutan baru. Pekerjaan yang tidak terlalu sukar, sehingga atas persetujuan doktor, aku putuskan untuk melakukannya sendiri.

Sambil merawat lukanya, aku bertanya apakah dia mempunyai urusan lain sehingga tampak terburu-buru. Lelaki tua itu menjawab;
TIDAK, dia Cuma mahu ke satu tempat untuk makan tengah hari bersama isterinya, seperti yang dilakukannya saban hari. Dia menceritakan bahawa isterinya sedang dirawat di hospital sejak beberapa waktu dan isterinya mengidap penyakit Alzheimer.

Lalu kutanya apakah isterinya akan marah kalau dia terlambat. Dia menjawab bahawa isterinya sudah tidak lagi dapat mengenalinya sejak 5 tahun lalu. Aku sangat terkejut dan berkata,
“Dan pakcik masih pergi ke sana setiap hari walaupun isteri pakcik tidak kenal lagi???” Dia hanya tersenyum ketika tangannya menepuk tanganku sambil berkata, “Dia memang tidak mengenali saya, tapi saya masih mengenali dia, kan?”

Aku terus menahan air mata sehinggalah pakcik itu pergi, aku kagum.
“Cinta kasih seperti itulah yang aku mahukan dalam hidupku.” Cinta sesungguhnya tidak bersifat fizikal atau romantis. Cinta sejati adalah menerima seadanya apa yang terjadi saat ini, yang sudah terjadi, yang akan terjadi, dan yang tidak akan pernah terjadi.

Bagiku pengalaman ini menyampaikan satu pesanan penting :
Orang yang paling bahagia tidaklah harus memiliki segala sesuatu yang terbaik, mereka hanya berbuat yang terbaik dengan apa yang mereka miliki. Hidup ini bukanlah hanya menghadapi badai, tapi bagaimana tetap menari di tengah hujan.

...Wallahu a’lam...


[Kisah ini disalin-tampal dan telah di'edit' hasil perkongsian e-mel sahabat-sahabatku]

4 ulasan:

amal berkata...

tengok cite the notebook..macam ni jugak kisahnye.lebih kurangla..sedih :,(

Rohaifi Azri berkata...

oh... ye ke...
xpenah lg nengok citer tu, nnti try cari n tengok...!

Abdullah Tahir berkata...

akan adakah lagi seorang bernama lelaki sepertinya?

MuJE berkata...

yes! macam cite the notebook! alahai perodua... tiru jer pon.. takkan susah sangat kot...haha

Related Posts with Thumbnails