VVIP DENAI CINTA

22 Ogos 2010

CELOTEH KAUM BAPA - Karya Mamat



Seperti yang tersiar di BERITA HARIAN
21 OGOS 2010 bersamaan 11 Ramadan 1431

CERITA ATUK - Karya Deen




Seperti yang tersiar di BERITA HARIAN
21 OGOS 2010 bersamaan 11 Ramadan 1431

19 Ogos 2010

PUSAT PEMULIHAN PENAGIH FACEBOOK (PUSPEF) BAKAL DITUBUHKAN...?


Gejala penagihan dadah telah kita sedia maklum mengenai keburukan dan kerosakan yang menimpa diri sang penagihnya. Tetapi bagaimana pula dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Tagged dan selainnya yang kian popular dan diikuti oleh jutaan penduduk dunia...???

Tidak dinafikan ada di antara kita yang 'ketagih' dengan laman-laman sosial ini. Sehari tak bersua bagaikan seribu tahun lamanya terpisah!!! Bahkan ada yang sanggup untuk melanggan laman sosial ini di telefon bimbit, kononnya bimbang tidak sempat melayari internet menggunakan komputer maka bolehlah terus berhubung ke laman sosial ini menggunakan telefon bimbit.

Kajian dan kesan 'ketagihan' terhadap laman sosial ini wajar juga diperhati dan dikaji. Sesuatu 'alat' yang dicipta oleh manusia itu pasti akan ada PRO serta KONTRAnya. Ada baik dan pasti ada juga keburukannya. Terserah kepada kita yang dikurniai akal oleh Yang Maha Kuasa untuk menggunakan kebijaksanaan akal tersebut untuk memilih 'jalan yang lurus'.

SELAMAT BER'FACEBOOK' tetapi usahlah sampai menjadi penagihnya... Bersama kita renung-renungkan serta bermuhasabah diri... Wallahu a'lam...

18 Ogos 2010

BUANG BAYI DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS

Baru je rasanya aku terbaca di akhbar mengenai hukuman bunuh boleh dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bertanggungjawab membuang bayi. Nampaknya hukuman bunuh tersebut seakan tidak 'menakutkan' si pelaku untuk terus membuang bayi yang baru dilahirkan.

Kes di Terengganu ini sebagai buktinya. Tak tahulah sama ada si pembuang bayi ini sengaja atau secara tak tersengaja meletakkan bayi yang baru dilahirkannya di tepi pagar rumah seorang anggota polis. Sekiranya dia sengaja dan tahu yang itu rumah anggota polis, maka ia dilihat seakan mencabar pihak polis itu sendiri.


JELAS, undang-undang sekiranya mahu dipraktikkan biarlah ia bukan hanya semata-mata dengan tujuan menakutkan pesalah dan mereka yang mahu berbuat salah TETAPI SEWAJARNYA undang-undang tersebut boleh bertindak lebih jauh untuk mendidik masyarakat menghindari segala salah-laku sebagaimana undang-undang SEMPURNA yang termaktub dalam syariah Islam. Wallahu a'lam.

...............................................


BAYI DIBUANG DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS
KUALA TERENGGANU, 18 Ogos:
Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi dalam negara serta tidak terkecuali di negeri ini. Ini berikutan penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam.

Nur Hafiana menunjukkan tempat bayi lelaki malang itu ditemui
(tulisan dan anak panah kat tiang tu, aku jea yang memandai menambah...)


Malah, mereka yang tidak berhati perut itu bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut merupakan seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.

17 Ogos 2010

BENDERA BARU MALAYSIA...? pandai-pandai atok hang je buat macam ni...!!!

Siapa Malaun yang memandai-memandai mencabuli JALUR GEMILANG dengan meletakkan simbol lain ke atasnya...? Bagaimana pula sekiranya ada pihak lain yang turut mencetak logo milik mereka ke atas JALUR GEMILANG...? Bayangkan sekiranya parti-parti politik yang ada di Malaysia turut sama mencetak lambang mereka ke atas bendera Malaysia, tidakkah cacamarba jadinya...? JANGAN SEWENANG-WENANG BERTINDAK BIADAB, MENGHINA DAN TIDAK MENGHORMATI 'JALUR GEMILANG' DENGAN MELETAKKAN LOGO DAN SIMBOL LAIN KE ATASNYA!!!

..........................................

SEJAK BILA BENDERA KITA BERUBAH - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dengan logo 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid-murid? Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twitter. Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1Malaysia di tengah-tengahnya.

16 Ogos 2010

JEJAKA DI LUAR SANA, BERHATI-HATI!!! MUNGKIN ANDA MANGSA SETERUSNYA!!!

Pukau, Liwat Di Masjid
KUALA LUMPUR : Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.


Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.

RAMADHAN DUA ZAMAN

Terkenang sebuah lagu nasyid lama, yang dialunkan oleh kumpulan nasyid The Zikr (kini Raihan)... Perhatikan bait-bait lirik nasyid ini, semoga ia menjadi iktibar kepada kita di dalam menjalani ibadah di sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini...


RAMADHAN DUA ZAMAN - The Zikr

Ramadhan... satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kehadiranmu

Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga...
Related Posts with Thumbnails