VVIP DENAI CINTA

10 Ogos 2010

RAMADHAN 1431 TIBA LAGI

Syukur TUHAN... Terima kasih atas anugerah usia yang masih ENGKAU berikan kepadaku hambaMU yang dhaif lagi hina di sisiMU Ya TUHAN seru sekalian alam... Syukur masih punya waktu untuk aku menghirup kemanisan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini membawa diri ini lebih 'hanyut' dalam kecintaan untuk beribadah dan tunduk padaMU Ya Alah...

Insan hina dan kerdil ini, memohon dan sedaya mungkin cuba dan berusaha untuk dekat dan lebih dekat denganMU Ya Rabbb... Terima kasih TUHAN, syukur atas segala nikmatMU... Nikmat iman (walau imanku lebih nipis dari kulit bawang), serta nikmat Islam yang tiada taranya... Semoga hidupku dan matiku, tetap sebagai hambaMU yang menjunjung Islam sebagai agamaku.

SALAM RAMADHAN 1431H BUAT SAHABAT-SAHABAT DAN SAUDARA-SAUDARAKU YANG SUDI MENJENGAH BELOG USANG INI. BELOG YANG MASIH BERNAFAS SELARI NAFASKU YANG MASIH BERSISA. ANDAI AKU PERGI, BELOG INI TETAP KAN DI SINI, CUMA IA AKAN TERKAKU TANPA NAFAS, TANPA CERITA... Wallahu a'lam...

Bersama meningkatkan amal ibadah di Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya di dalam penghidupan kita... PERJALANAN MASIH JAUH... KEMANISAN MENUNGGU KITA...

-ROHAIFI AZRI- 10.08.2010

05 Ogos 2010

PASANGAN LARI BERBOGEL

BODOH+BANGANG+BENGONG!!! Bila nafsu menguasai diri, tak kira tempat, asal ada peluang, dalam hutan, dalam semak pun boleh jadi tempat 'projek'!!! Gara-gara kemaruk sangat, nasib baik tak mati tertembak dek pemburu haiwan liar. Kot-kot la pemburu tu nampak korang macam babi yang sedang mengawan...!!!

PASANGAN LARI BERBOGEL - Harian Metro
KULIM : Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel. Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.


Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.

KERAJAAN TIDAK MAMPU MENGAWAL KEBEJATAN SOSIAL SERTA SEKS LUAR NIKAH [ZINA]

Nampaknya tiada kemampuan di pihak 'KERA'jaan untuk membendung permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat yang dilihat kian membarah dan seterusnya bakal membawa kemusnahan dalam sistem masyarakat itu sendiri.

Lantaran ketidak-mampuan menangani permasalahan sosial khususnya penzinaan yang semakin berleluasa membuatkan timbul pelbagai cadangan demi cadangan yang kononnya bagi membendung permasalahan sosial ini. Nyata cadangan-cadangan yang langsung tidak berpaksikan Islam-alQuran-Sunnah menjadikan segala perlaksanaannya gagal dan membazirkan wang rakyat!!! TERBARU, cadangan dari 'KERA'jaan negeri Melaka 'menggalakkan' ibubapa agar memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin.

CADANGAN BENARKAN PELAJAR KAHWIN DIBIDAS!!!
Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

02 Ogos 2010

Kerajaan, JPJ Langgar Keputusan Mahkamah?

KOTA BHARU, 2 Ogos : Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

01 Ogos 2010

ANGGOTA POLIS DITAHAN BERSABIT KES SAMUN

KUALA LUMPUR : Seorang Konstable polis ditahan bersama dua lagi rakannya Khamis lepas, kerana disyaki melakukan jenayah samun di sekitar Petaling Jaya dan Gombak dua minggu lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata anggota yang telah tiga tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua lagi lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 20-an diberkas dalam satu serbuan di Gombak. Anggota polis itu pernah digantung kerja kerana kerap tidak hadir bertugas.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira sesiapa walaupun dia anggota kita dan jenayah yang dilakukannya ternyata telah mencemarkan imej pasukan ini," katanya selepas merasmikan Balai Polis Bandar Utama, Damansara di sini, Sabtu.

HUKUMAN BUNUH KEPADA PEROGOL KANAK-KANAK

Karpal Cadang Perogol Kanak-Kanak Dihukum Mati
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati. Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Asyraf Juara IMAM MUDA Musim Pertama

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dinobatkan sebagai
Juara Imam Muda edisi pertama.
Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR : Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.


Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.
Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.
Related Posts with Thumbnails