
A L H A M D U L I L L A H . . . Syukur padanya. Sempena cuti sekolah ni, Alhamdulillah sempat bercuti-cuti Malaysia bersama anak-anak dan isteri. Kunjungan ke Bukit Merah Lake Town Resort membawa dan membuka peluang untuk aku mencari sesuatu yang aku idam-idamkan selama ini, tak lain tak bukan adalah KETAM LEMBUT....!!! [perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort ke lokasi restoran di Kuala Gula hanya memakan masa 30 minit]
Penangan paparan mengenai KETAM LEMBUT ini di dalam program MAJALAH 3 (TV3) membuatkan aku begitu teruja untuk turut merasai KETAM NIPAH yang baru bersalin kulit ini. Dinamakan KETAM LEMBUT kerana ketam ini boleh dimakan keseluruhan badannya kerana ia tiada kulit (baru bersalin kulit)!!!
Kunjungan singkat ke KUALA GULA, PERAK DARUL RIDZUAN ini sedikit membantutkan hasrat aku untuk menjelajah pekan kecil ini, insha ALLAH jika ada kesempatan, mungkin aku akan sekali lagi berkunjung ke sini dan menikmati keenakan KETAM LEMBUT serta KARI SEMBILANG yang cukup istimewa di Restoran JS MUARA...!!!
Untuk sahabat-sahabat yang sudi menjengah belog ini, sedikit paparan yang sempat aku rakam sepanjang 'usaha' mencari KETAM LEMBUT ini pada 05.12.2011 & 06.12.2011 yang lalu.
Cari papan tanda ini untuk ke Restoran JS MUARA

Chalet Kuala Gula Sanctuary yang boleh dilihat dari Restoran JS Muara ini



Sekali bot lalu, maka setiap kali tu jugak la Restoran terapung ni bergoyang,
memang syokkkkk!!!!
KARI SEMBILANG, karinya pekat dan memang best!!!
Ketam Lembut masak '3 RASA'
Ketam Lembut 'SweetSOUR'
Ketam Lembut Goreng Tepung
. . . A L H A M D U L I L L A H . . .
Restoran JS MUARA, KUALA GULA
SAMPAI BERSUA LAGI... ;)