VVIP DENAI CINTA

25 September 2012

PM NAJIB AKAN UMUMKAN PEMBUKAAN STESEN MINYAK RAKYAT 1MALAYSIA?

Kedai Rakyat 1Malaysia dah ada, Menu Rakyat 1Malaysia juga dah diperkenalkan. Dan baru-baru ni diwujudkan pula Kedai Buku 1Malaysia. Andai benar kerajaan prihatin dengan nasib rakyat, perkenalkan dan lancarkanlah Stesen Minyak Rakyat 1Malaysia yang menawarkan harga minyak yang lebih murah untuk kegunaan rakyat!!!

RON95 harganya RM1.90 seliter di pasaran, tentunya ia boleh dijual serendah RM0.90 seliter di Stesen Minyak Rakyat 1Malaysia!!! Kami menunggu berita gembira ini yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri DS Najib Razak. Rakyat didahulukan dan Janji Ditepati.


19 September 2012

RASUAH : Inspektor Polis Dipenjara 5 Tahun, Denda RM25,000

Polis? RASUAH? Bagai isi dan kuku? Bagai irama dan lagu? Bagai kentut dan bau? Apa sudah jadi. Polis yang kita harapkan sebagai penegak undang-undang tetapi telah mengkhianati amanah yang diberi. Memanglah tak semua polis tu jahat dan bikin salah-laku, tapi tak kurang juga bilangan anggota keselamatan ini yang buruk-lakunya. Penambah-baikan serta pemantapan terhadap pasukan polis harus diutamakan. Nilai-nilai Islam patut diterapkan, jangan hanya takut kepada ketua, jangan hanya taat kepada pemerintah, takut-taat-patuhlah kepada Raja Yang Maha Kuasa; Tuhan Yang Maha Agung Allah swt.
 
SHAH ALAM, 19 Sept : Seorang inspektor polis dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima suapan RM5,000 daripada seorang suspek kes samun, tiga tahun lepas.

12 September 2012

JIJIK DAN MEMALUKAN - Tandas Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 WAJIB DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF!!!

AMARAN : Jika anda sedang menikmati juadah, jangan dilihat gambar-gambar dibawah ini kerana dibimbangi ia membantutkan selera makan anda.

Apa sudah jadi? Pahang Darul Makmur, mampu menyediakan jutaan Ringgit Malaysia (RM) untuk menyediakan prasarana sukan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) 2012. Tetapi amat malang apabila Masjid Sultan Ahmad Shah 1 yang merupakan MASJID NEGERI di negeri kelahiran Perdana Menteri 1Malaysia ini amat dhaif dan meloyakan...!!!

Amatlah diharapkan agar sesuatu dapat dilakukan untuk membaik-pulih tandas-tandas di Masjid Negeri ini kerana ia merupakan tempat tumpuan umat Islam di bandar Kuantan untuk mengerjakan ibadah. Masjid ini juga kerap dikunjungi oleh pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri Pahang. Amat memalukan apabila tandas di masjid yang cukup gah ini nyata begitu kotor dan paip serta pam tandasnya ada yang langsung tidak berfungsi.

Menteri Besar Pahang, sesekali jenguklah permasalahan di masjid yang letaknya hanya bersebelahan dari pejabat anda di Wisma Sri Pahang.

Gambar-gambar ini dirakam pada 12 September 2012, sekitar jam 5:50 petang di tandas lelaki. Hampir 80% tandas tidak dapat digunakan!!! Masalah pam tandas rosak, pintu tercabut dan paip tidak berfungsi. Sesuatu harus dilakukan. TANDAS MASJID NEGERI PAHANG INI WAJAR DIBAIK-PULIH DAN DINAIK-TARAF SEGERA...!!!!!

Banyak tandas yang ditinggalkan 'khazanah berharga'.



Pintu tandas tercabut dan lihatlah najis-najis yang memualkan ini.
Inikah imej tandas Masjid Negeri?

Paip tidak boleh digunakan!!!


Pintu bilik mandi turut rosak...!!!
Keadaan bilik mandi juga amat menyedihkan!!!


Apa sudah jadi.....?

10 September 2012

Bicara Saksi Beri Keterangan Palsu Kes Bunuh Sosilawati Ditetap 5 November

SHAH ALAM, Ogos 2012 : Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 5 dan 6 November ini untuk perbicaraan kes pekerja ladang, U Suresh yang didakwa memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini.

RAHSIA KEJAYAAN - Migran Malaysia Antara Orang Terkaya Di Australia

10 Kunci utama merungkai rahsia kejayaan. Sepuluh prinsip berkenaan ialah :
[01] Jadikan idea anda sebagai jalan kehidupan anda;
[02] Bangkit, berdiri dan jangan berhenti selagi matlamat belum tercapai;
[03] Bekerjalah dengan tekun;
[04] Usah gentar - hadapilah semua halangan;
[05] Malam paling gelita akan berakhir dengan subuh yang terang;
[06] Ikhlaslah daripada segi pemikiran, kata-kata dan perbuatan;
[07] Peribadi terbina melalui jatuh bangun dalam kehidupan;
[08] Setiap orang memiliki kehebatan tersendiri;
[09] Tetapkan matlamat sendiri;
[10] dan Semua kuasa ada dalam diri anda.
 
MELBOURNE, 9 Sept (Bernama) : Sifat berwawasan jauh sering dikaitkan dengan Maha Sinnathamby, migran dari Malaysia yang kini mencipta nama sebagai antara ahli perniagaan paling kaya dan berjaya di Australia.

09 September 2012

Sesucinya Cintamu : Biarkan Aku Memandikan Jenazah Suamiku

Seorang isteri menangis-menangis mahu memandikan jenazah suaminya. Bapa mertua serta adik-beradik lelaki suaminya tak bagi, katanya biarlah kaum lelaki yang memandikan jenazah. Sambil menangis isteri berkata; "ini janji kami suami isteri." Suaminya pernah berkata, "jika abang mati dulu, kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang. Dan seandainya kamu (isteri) mati lebih dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu."

HANGAT : Anak Gadis Pemimpin PAS Berpeluk Dengan Jantan!!!

Apa sudah jadi...!!! Sibuk perjuangkan hudud tapi anak gadisnya berpelukan dengan jantan!!! Inikah anak seorang pemimpin sebuah parti Islam??? Tapi..... Betul ke ni anak pemimpin PAS...? Errrrrrrr... Ada sesape tahu tak ni anak sape.....?



Gambar dari blog MILOSUAM

04 September 2012

Saiful Tidak Seperti Mangsa Penderaan Seksual Biasa



Hafiz Yatim | Malaysiakini.com | 4 September 2012 
Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual 'biasa'. Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II'} yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain.
Related Posts with Thumbnails