VVIP DENAI CINTA

30 Ogos 2010

GURU DISIPLIN PROMOSI UBAT SEKS


JOHOR BAHRU : 'Cikgu Power' Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

MENJELANG 31 OGOS : Tahukah Anda Tentang Simbol Negara Kita?

Berapa ramaikah daripada kita yang berasa marah atau mengambil kisah apabila penunjuk perasaan membakar Jalur Gemilang di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta Isnin lepas? Apakah persamaan yang terdapat pada Jalur Gemilang, Bunga Raya, Lagu Negaraku, Harimau, Proton, Tugu Negara dan Jata Negara?

Kebanyakan kita tahu bahawa Jalur Gemilang dan Negaraku adalah bendera dan lagu kebangsaan negara ini, tetapi tidak ramai anak muda yang sedar bahawa Bunga Raya dan harimau juga menjadi simbol negara kita.
Jika kita amati, kebanyakan organisasi besar dan sektor swasta menggunakan simbol itu dalam logo mereka seperti Proton, Maybank, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Filem Negara Malaysia.

Sayangnya, setelah usia kemerdekaan negara kita mencapai 53 tahun Selasa ini, masih banyak rakyat Malaysia yang belum sedar tentang erti sebenar serta benda-benda yang menjadi simbol negara ini. Sebanyak manakah rakyat Malaysia yang sedar bahawa Jalur Gemilang, Jata Negara, Lagu Negaraku, Bunga Raya, Tugu Negara, Bahasa Melayu, Proton Saga, Rukun Negara, Harimau dan Masjid Negara adalah sebahagian daripada simbol negara kita?

26 Ogos 2010

MUKTAMAD : Felda Diarah Bayar Peneroka RM11 juta

26 Ogos 2010 Sumber : Malaysiakini
Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.
Mahkamah Persekutuan Putrajaya menolak permohonan Felda yang mencabar keputusan yang dibuat oleh panel lain, mahkamah itu yang sebelum ini mengketepikan rayuan berkenaan.

Lebih 150 peneroka hadir pada perbicaraan yang penuh sesak ini manakala ratusan lagi berhimpun di luar menantikan penghakiman. Kebanyakan mereka mengagahi perjalanan lebih sembilan jam dari Kelantan untuk mencari keadilan. Dengan penghakiman hari ini, setiap peneroka itu dijangka menerima RM25,000 hingga RM30,000 setiap seorang.

QBB Nafi Minyak Sapinya Ada Lemak BABI

25 OGOS 2010 Sumber Malaysiakini
Syarikat QBB (Pte) Ltd hari ini menafikan bahawa produk minyak sapi keluaran syarikat itu di bawah jenama QBB Pure Ghee mengandungi lemak babi atau bahan yang berasal daripada haiwan tersebut. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Fox Communications bagi pihak syarikat berkenaan, QBB membuat penafian itu berikutan laporan media baru-baru ini selain dakwaan sekumpulan persatuan pengguna berhubung perkara itu.

Pengarah QBB Lim Peck Bin berkata syarikat berkenaan menerima surat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertarikh 19 Ogos menyatakan bahawa tiada lemak babi atau bahan lain yang berasal daripada haiwan tersebut dikesan dalam minyak sapi jenama QBB Pure Ghee selepas satu analisis terperinci dilakukan.

DUIT RAYA RM500 UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN, HARAP BONUS LEBIH TINGGI!!!

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500. Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

25 Ogos 2010

KANAK-KANAK MALAYSIA MINUM BIR

Minuman Beralkohol : Kanak-Kanak Minum Bir
KUALA LUMPUR, 24 Ogos : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.
Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris berkata, isu minuman beralkohol yang dijual sebagai minuman ringan bukanlah perkara baru.
Pada 1997, katanya CAP mendedahkan minuman ringan bernama Alcopops dijual sebagai minuman ringan sedangkan ia mengandungi sehingga 5% alkohol, masalah yang sama kemudiannya didedahkan lagi pada 2003.

Katanya, kajian CAP menunjukkan pada masa ini lebih daripada 15 jenis minuman ringan beralkohol berada di pasaran. Minuman ringan beralkohol ini yang boleh didapati di dalam botol 275 ml dijual dengan harga RM4 hingga RM10.

Botol berisi jus berwarna yang menarik dengan nama tropical fruit, ice lemon tea, jus oren, lemon original tanke, lemon and lime flavour, orange-lemon flavour dan sebagainya.
Katanya, pengeluar menggunakan warna yang amat menarik yang sudah pasti mempengaruhi pengguna terutama sekali kanak-kanak dan remaja untuk mencubanya dan kemudiannya akan ketagih.

PM Palestin Berbuka Di Rumah Rakyat, PM Kita...?

GAZA, 25 Ogos : Lazimnya pemimpin atau ketua sesebuah negara mengundang tetamu berkunjung ke kediaman mereka untuk majlis-majlis keraian dan berbuka puasa. Jarang kita dengar pemimpin sesebuah negara yang sudi menziarahi rakyatnya yang miskin, apalagi duduk bersama berbuka puasa dengan mereka dalam keadaan serba kekurangan.

Apa yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri Palestin, Ustaz Ismail Haniyah telah mempamerkan satu contoh keprihatinan dan kepedulian pemimpin terhadap rakyat, lebih-lebih lagi dalam keadaan rakyat sedang diliputi berbagai kepayahan hidup.

24 Ogos 2010

JAKIM TARIK BALIK STATUS HALAL MINYAK SAPI QBB

CAP Gesa Henti Segera Jual Minyak Sapi QBB
KUALA LUMPUR, 23 Ogos : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menarik balik dengan segera penjualan minyak sapi QBB yang dijual di Malaysia.


Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, ini berikutan penarikan balik status halal minyak sapi yang oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berdasarkan bahawa ia mengandungi elemen yang meragukan.
Katanya, CAP telah berhubung dengan Jakim berhubung kesahihan status halal minyak sapi sejak Julai tahun ini.

"Dalam jawapannya kepada CAP yang bertarikh 20 Ogos 2010, pihak Jakim telah memaklumkan kepada CAP bahawa mereka sedang menarik balik status halal minyak sapi itu sehingga mereka yakin dengan status halal produk itu," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily, petang ini.


Menurutnya lagi, Jakim dan Jabatan Kimia telah menguji minyak sapi itu dan mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan, dan oleh sebab itu tidak boleh dimakan oleh umat Islam dan mereka yang mengamalkan memakan sayuran sahaja.
Sehubungan itu, ujarnya CAP menggesa rakyat Malaysia supaya menghentikan segera pengambilan minyak sapi sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mestilah dengan segera mengambil tindakan untuk menarik balik sepenuhnya produk itu dari pasaran kerana ia sesuatu yang serius dan memerlukan tindakan segera," tegasnya. - HARAKAHDAILY

'NIKAH GANTUNG' Tangani Kemaruk Nafsu, Buang Bayi

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan. Menurutnya, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan :
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
  • Menganjurkan perkahwinan beramai-ramai yang menjimatkan.
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
  • Merendahkan hantaran perkahwinan.

23 Ogos 2010

BOLEH BAHARUI CUKAI JALAN? BETUL KE...? JANGAN LA TINGG TONGG RAKYAT!!!

BOLEH BAHARUI CUKAI JALAN, LESEN MEMANDU - UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 13 Ogos :
Pemilik kenderaan yang masih menghadapi masalah untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu disebabkan saman ekor boleh berbuat demikian selepas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengemas kini data-data sistem jabatan itu, semalam.


Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd. Nadzri Osman mengakui wujud 'gangguan' untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan tetapi telah berjaya diselesaikan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan masalah tersebut.

ANDAI KUTAHU - Ungu

Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Kuakan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku

Andai kutahu

Kapan tiba masaku
Kuakan memohon
Tuhan jangan kau ambil nyawaku

Aku takut akan semua dosa-dosaku

Aku takut dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu

Malaikat-Mu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa-dosaku

Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-Mu

Aku manusia yang takut neraka

Namun aku juga tak pantas di surga

Andai kutahu

Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat pada-Mu

Aku takut akan semua dosa-dosaku

Aku takut dosa yang terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku
Ampuni aku menangisku bertaubat pada-MU

~.....UNGU.....~

22 Ogos 2010

HELO BOS - Karya DEE


TIDUR ITU ADALAH IBADAH

...Bagaimana Menjadikan Tidur Sebagai Ibadah...

Orang dewasa memerlukan sekurang-kurangnya 6 jam untuk tidur setiap hari. Ini menunjukkan 1/4 daripada keseluruhan umur kita dihabiskan untuk tidur. Jika umur kita 40 tahun, maka 10 tahun dihabiskan untuk tidur sahaja. Oleh itu, amatlah rugi andainya tidur tersebut berlalu tanpa sekelumit niat yang ikhlas. Tingkatkan darjat tidur kita melalui :
  • NIAT : Niatkan untuk berehat dan mendapatkan kembali tenaga untuk beribadah kepada Allah.
  • SUBJEK : Tidur adalah harus. Allah berfirman yang bermaksud : "Dan kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)." [Surah al-Naba' 78:10]
  • PELAKSANAAN : Pelaksanaannya mestilah betul. Jangan tidur secara sengaja semasa bekerja, memandu kereta atau mendengar khutbah.
  • OPTIMUM : Hendaklah tidur di tempat yang selamat, nyaman dan kondusif. Adab-adab tidur yang telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW juga perlulah dipatuhi.
  • TIDAK MENINGGALKAN IBADAH YANG ASAS : Jangan tidur hingga tertinggal waktu solat.
  • NATIJAH : Tenaga dan kesegaran yang didapati daripada tidur yang cukup digunakan untuk melaksanakan kebaikan bukan sebalknya, melakukan kemaksiatan.
Adab kebiasaan yang kita lakukan di dalamnya terselit nilai ibadah. Dengan menggunakan konsep yang sama, maka terjemahkan dalam setiap perbuatan kita sehari-hari seperti makan, bekerja, belajar, berpakaian, memasak dan sebagainya.

Dipetik dan diedit dari Majalah SOLUSI Isu No. 11 2009



CELOTEH KAUM BAPA - Karya Mamat



Seperti yang tersiar di BERITA HARIAN
21 OGOS 2010 bersamaan 11 Ramadan 1431

CERITA ATUK - Karya Deen




Seperti yang tersiar di BERITA HARIAN
21 OGOS 2010 bersamaan 11 Ramadan 1431

19 Ogos 2010

PUSAT PEMULIHAN PENAGIH FACEBOOK (PUSPEF) BAKAL DITUBUHKAN...?


Gejala penagihan dadah telah kita sedia maklum mengenai keburukan dan kerosakan yang menimpa diri sang penagihnya. Tetapi bagaimana pula dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter, Myspace, Friendster, Tagged dan selainnya yang kian popular dan diikuti oleh jutaan penduduk dunia...???

Tidak dinafikan ada di antara kita yang 'ketagih' dengan laman-laman sosial ini. Sehari tak bersua bagaikan seribu tahun lamanya terpisah!!! Bahkan ada yang sanggup untuk melanggan laman sosial ini di telefon bimbit, kononnya bimbang tidak sempat melayari internet menggunakan komputer maka bolehlah terus berhubung ke laman sosial ini menggunakan telefon bimbit.

Kajian dan kesan 'ketagihan' terhadap laman sosial ini wajar juga diperhati dan dikaji. Sesuatu 'alat' yang dicipta oleh manusia itu pasti akan ada PRO serta KONTRAnya. Ada baik dan pasti ada juga keburukannya. Terserah kepada kita yang dikurniai akal oleh Yang Maha Kuasa untuk menggunakan kebijaksanaan akal tersebut untuk memilih 'jalan yang lurus'.

SELAMAT BER'FACEBOOK' tetapi usahlah sampai menjadi penagihnya... Bersama kita renung-renungkan serta bermuhasabah diri... Wallahu a'lam...

18 Ogos 2010

BUANG BAYI DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS

Baru je rasanya aku terbaca di akhbar mengenai hukuman bunuh boleh dikenakan ke atas sesiapa yang didapati bertanggungjawab membuang bayi. Nampaknya hukuman bunuh tersebut seakan tidak 'menakutkan' si pelaku untuk terus membuang bayi yang baru dilahirkan.

Kes di Terengganu ini sebagai buktinya. Tak tahulah sama ada si pembuang bayi ini sengaja atau secara tak tersengaja meletakkan bayi yang baru dilahirkannya di tepi pagar rumah seorang anggota polis. Sekiranya dia sengaja dan tahu yang itu rumah anggota polis, maka ia dilihat seakan mencabar pihak polis itu sendiri.


JELAS, undang-undang sekiranya mahu dipraktikkan biarlah ia bukan hanya semata-mata dengan tujuan menakutkan pesalah dan mereka yang mahu berbuat salah TETAPI SEWAJARNYA undang-undang tersebut boleh bertindak lebih jauh untuk mendidik masyarakat menghindari segala salah-laku sebagaimana undang-undang SEMPURNA yang termaktub dalam syariah Islam. Wallahu a'lam.

...............................................


BAYI DIBUANG DI TEPI PAGAR RUMAH POLIS
KUALA TERENGGANU, 18 Ogos:
Gejala pembuangan bayi yang dilahirkan hasil kehamilan luar nikah semakin menjadi-jadi dalam negara serta tidak terkecuali di negeri ini. Ini berikutan penemuan kes terbaru seorang bayi lelaki yang masih hidup serta bertali pusat telah ditinggalkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Kampung Hulu Takir, dekat sini, semalam.

Nur Hafiana menunjukkan tempat bayi lelaki malang itu ditemui
(tulisan dan anak panah kat tiang tu, aku jea yang memandai menambah...)


Malah, mereka yang tidak berhati perut itu bagaikan telah mengetahui penghuni rumah yang ditinggalkan bayi tersebut merupakan seorang anggota polis di Ibu pejabat Kontinjen Polis Kuala Terengganu.

17 Ogos 2010

BENDERA BARU MALAYSIA...? pandai-pandai atok hang je buat macam ni...!!!

Siapa Malaun yang memandai-memandai mencabuli JALUR GEMILANG dengan meletakkan simbol lain ke atasnya...? Bagaimana pula sekiranya ada pihak lain yang turut mencetak logo milik mereka ke atas JALUR GEMILANG...? Bayangkan sekiranya parti-parti politik yang ada di Malaysia turut sama mencetak lambang mereka ke atas bendera Malaysia, tidakkah cacamarba jadinya...? JANGAN SEWENANG-WENANG BERTINDAK BIADAB, MENGHINA DAN TIDAK MENGHORMATI 'JALUR GEMILANG' DENGAN MELETAKKAN LOGO DAN SIMBOL LAIN KE ATASNYA!!!

..........................................

SEJAK BILA BENDERA KITA BERUBAH - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Sejak bila Jalur Gemilang ditambah dengan logo 1Malaysia? Tidakkah ini mencemar bendera kebangsaan? Siapa keluarkan? Kenapa jual pada murid-murid? Demikian soalan bertubi-tubi dari Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali dalam twitter. Ini berikutan penemuan satu bendera baru iaitu Jalur Gemilang yang diletakkan logo 1Malaysia di tengah-tengahnya.

16 Ogos 2010

JEJAKA DI LUAR SANA, BERHATI-HATI!!! MUNGKIN ANDA MANGSA SETERUSNYA!!!

Pukau, Liwat Di Masjid
KUALA LUMPUR : Hasrat seorang pemuda untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah buat pertama kali dalam hidupnya sempena menyambut Ramadan bertukar tragedi apabila dia dipercayai dipukau sebelum diliwat dan ditinggalkan berbogel dalam sebuah masjid di Sentul, di sini, pagi semalam. Bagaimanapun, berkat doa imam masjid berkenaan dan bantuan penduduk sekitar, suspek yang melakukan perbuatan keji itu ditahan sebelum diserahkan kepada polis.


Semuanya bermula apabila mangsa berusia awal 20-an yang baru selesai menikmati juadah bersahur terlelap seketika dalam masjid berkenaan sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 39 tahun yang tidak dikenali mangsa masuk ke dalam masjid menyebabkan dia terkejut sebelum terjaga.

RAMADHAN DUA ZAMAN

Terkenang sebuah lagu nasyid lama, yang dialunkan oleh kumpulan nasyid The Zikr (kini Raihan)... Perhatikan bait-bait lirik nasyid ini, semoga ia menjadi iktibar kepada kita di dalam menjalani ibadah di sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini...


RAMADHAN DUA ZAMAN - The Zikr

Ramadhan... satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza

Ramadhan mereka gembira cemerlang

mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira dengan kehadiranmu

Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Quran
Tapi malam kami muram bertemu dengkur

Mereka berlumba mengejar makrifat

Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan

Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
tanda kalah lemah tak berdaya
puasa sekadar lapar dan dahaga...

10 Ogos 2010

RAMADHAN 1431 TIBA LAGI

Syukur TUHAN... Terima kasih atas anugerah usia yang masih ENGKAU berikan kepadaku hambaMU yang dhaif lagi hina di sisiMU Ya TUHAN seru sekalian alam... Syukur masih punya waktu untuk aku menghirup kemanisan Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini membawa diri ini lebih 'hanyut' dalam kecintaan untuk beribadah dan tunduk padaMU Ya Alah...

Insan hina dan kerdil ini, memohon dan sedaya mungkin cuba dan berusaha untuk dekat dan lebih dekat denganMU Ya Rabbb... Terima kasih TUHAN, syukur atas segala nikmatMU... Nikmat iman (walau imanku lebih nipis dari kulit bawang), serta nikmat Islam yang tiada taranya... Semoga hidupku dan matiku, tetap sebagai hambaMU yang menjunjung Islam sebagai agamaku.

SALAM RAMADHAN 1431H BUAT SAHABAT-SAHABAT DAN SAUDARA-SAUDARAKU YANG SUDI MENJENGAH BELOG USANG INI. BELOG YANG MASIH BERNAFAS SELARI NAFASKU YANG MASIH BERSISA. ANDAI AKU PERGI, BELOG INI TETAP KAN DI SINI, CUMA IA AKAN TERKAKU TANPA NAFAS, TANPA CERITA... Wallahu a'lam...

Bersama meningkatkan amal ibadah di Ramadhan yang mulia ini dan seterusnya di dalam penghidupan kita... PERJALANAN MASIH JAUH... KEMANISAN MENUNGGU KITA...

-ROHAIFI AZRI- 10.08.2010

05 Ogos 2010

PASANGAN LARI BERBOGEL

BODOH+BANGANG+BENGONG!!! Bila nafsu menguasai diri, tak kira tempat, asal ada peluang, dalam hutan, dalam semak pun boleh jadi tempat 'projek'!!! Gara-gara kemaruk sangat, nasib baik tak mati tertembak dek pemburu haiwan liar. Kot-kot la pemburu tu nampak korang macam babi yang sedang mengawan...!!!

PASANGAN LARI BERBOGEL - Harian Metro
KULIM : Niat sepasang kekasih untuk memadu asmara di sebuah ladang kelapa sawit di Karangan kelmarin, terbantut apabila dikejutkan dengan bunyi tembakan menyebabkan mereka lari lintang pukang dalam keadaan berbogel. Pasangan kekasih berusia 20-an itu panik dengan bunyi tembakan sepasukan penembak haiwan liar itu kerana menyangka tembakan itu disasarkan kepada mereka.


Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, pasangan kekasih itu yang tiba di ladang dengan menunggang motosikal, dipercayai mengambil keputusan memadu asmara dalam ladang itu kerana menyangkakan tempat berkenaan selamat.

KERAJAAN TIDAK MAMPU MENGAWAL KEBEJATAN SOSIAL SERTA SEKS LUAR NIKAH [ZINA]

Nampaknya tiada kemampuan di pihak 'KERA'jaan untuk membendung permasalahan sosial yang berlaku dalam masyarakat yang dilihat kian membarah dan seterusnya bakal membawa kemusnahan dalam sistem masyarakat itu sendiri.

Lantaran ketidak-mampuan menangani permasalahan sosial khususnya penzinaan yang semakin berleluasa membuatkan timbul pelbagai cadangan demi cadangan yang kononnya bagi membendung permasalahan sosial ini. Nyata cadangan-cadangan yang langsung tidak berpaksikan Islam-alQuran-Sunnah menjadikan segala perlaksanaannya gagal dan membazirkan wang rakyat!!! TERBARU, cadangan dari 'KERA'jaan negeri Melaka 'menggalakkan' ibubapa agar memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin.

CADANGAN BENARKAN PELAJAR KAHWIN DIBIDAS!!!
Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

02 Ogos 2010

Kerajaan, JPJ Langgar Keputusan Mahkamah?

KOTA BHARU, 2 Ogos : Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Kelantan yang telah bermesyuarat semalam mengambil keputusan mendesak kerajaan Malaysia memberhentikan tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan dan lesen kenderaan akibat menerima saman ekor.

Pengerusinya, Hisham Fauzi berkata, ini adalah sebagaimana yang telah diputuskan oleh mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

01 Ogos 2010

ANGGOTA POLIS DITAHAN BERSABIT KES SAMUN

KUALA LUMPUR : Seorang Konstable polis ditahan bersama dua lagi rakannya Khamis lepas, kerana disyaki melakukan jenayah samun di sekitar Petaling Jaya dan Gombak dua minggu lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata anggota yang telah tiga tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dua lagi lelaki lain yang berumur dalam lingkungan 20-an diberkas dalam satu serbuan di Gombak. Anggota polis itu pernah digantung kerja kerana kerap tidak hadir bertugas.

"Tindakan tegas akan diambil tanpa mengira sesiapa walaupun dia anggota kita dan jenayah yang dilakukannya ternyata telah mencemarkan imej pasukan ini," katanya selepas merasmikan Balai Polis Bandar Utama, Damansara di sini, Sabtu.

HUKUMAN BUNUH KEPADA PEROGOL KANAK-KANAK

Karpal Cadang Perogol Kanak-Kanak Dihukum Mati
Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh hari ini meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan agar perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati. Karpal berkata walaupun sebelum ini beliau memperjuangkan agar hukuman mati dimansuhkan, tetapi memandangkan saban hari, semakin banyak kanak-kanak menjadi mangsa penjenayah, termasuk perogol, maka sudah tiba masanya kerajaan bertindak menjaga kepentingan awam dengan melaksanakan tindakan lebih tegas dan berkesan.

"Ini boleh memberi mesej jelas kepada mereka yang bercita-cita untuk melakukan kesalahan bahawa undang-undang tidak akan lagi bertolak ansur dengan perbuatan merogol kanak-kanak yang tidak bersalah," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Muhammad Asyraf Juara IMAM MUDA Musim Pertama

Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan dinobatkan sebagai
Juara Imam Muda edisi pertama.
Foto THE STAR Oleh: AZMAN GHANI.

KUALA LUMPUR : Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.


Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej 'Berlian' pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.
Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.
Related Posts with Thumbnails