VVIP DENAI CINTA

04 Jun 2010

KEJAM : ROGOL DEPAN SUAMI, ANAK

Kejam dan biadab!!! Penjenayah semakin bermaharajalela. Iblis-iblis ini sewenang-wenangnya memperlakukan mangsa mengikut nafsu buas mereka. Sebelum ini kita pernah dikejutkan dengan kisah seorang surirumah yang dirogol 6 lelaki yang memecah masuk rumahnya. Hari ini akhbar Harian Metro menyiarkan satu lagi kisah tragis yang menimpa sebuah keluarga apabila rumah mereka dipecah masuk penyamun berhati Iblis!!!

Bukan hanya harta benda mereka dirompak, bahkan nasib si isteri lebih malang apabila dirogol di hadapan suami dan anak!!! Semoga pihak polis dapat memberkas Iblis-iblis ini dan membawa mereka ke muka pengadilan.



Kawalan keselamatan wajar dipertingkatkan. Begitu juga dengan kawalan kemasukan pendatang asing yang dilihat seolah bagaikan tiada penguatkuasaan apabila pendatang asing ini boleh kita jumpai di serata alam Malaysia ini. Lambakan warga asing ini sedikit sebanyak menggusarkan kita lantaran sikap dan perangai mereka yang tidak selari dengan budaya tempatan. Apatah lagi ada di kalangan mereka yang datang ke bumi bertuah Malaysia ini dengan 'nawaitu' untuk mencari kesenangan dengan jalan hitam (jenayah).

...........................................

LEDANG : Sekumpulan empat perompak warga Indonesia boleh diumpama iblis berupa manusia apabila mereka bukan saja seronok melihat lima sekeluarga diikat dan dipukul dalam rompakan bersenjata, malah ketawa ketika seorang daripada mereka merogol isteri mangsa di depan anak dan suaminya.

Malah, empat lelaki itu berani melakukan perbuatan terkutuk itu tanpa menggunakan topeng muka ketika merompak keluarga suspek di Bukit Gambir, Selasa lalu. Kejadian kejam itu bermula kira-kira jam 3 pagi ketika pasangan suami isteri berusia 40-an dan anak mereka berusia lapan hingga 17 tahun tidur nyenyak.

Difahamkan, empat penjenayah ‘iblis’ itu menceroboh masuk rumah mangsa dengan memecahkan pintu belakang sebelum mengejutkan penghuni rumah terbabit. Menurut sumber, suspek memasuki dua bilik dalam rumah itu sebelum mengacukan parang kepada mangsa lelaki dan mengikat tangannya bersama isteri dan seorang anak.

"Dua lagi anak yang tinggal di bilik berasingan tidak diikat tangan, tetapi diarah tidak melakukan tindakan bodoh yang boleh mengancam nyawa mereka. Mangsa lelaki itu dipukul keempat-empat suspek supaya memberitahu tempat dia menyimpan barangan kemas dan wang tunai," katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang takut menyerahkan barangan kemas termasuk rantai, cincin dan telefon bimbit dianggarkan bernilai RM3,000. Bukan itu saja, penjenayah terbabit turut merampas wang RM1,300 milik mangsa. Malangnya, derita suami itu tidak berakhir di situ apabila dia berulang kali dipukul keempat-empat perompak yang menuntutnya mendedahkan tempat barangan kemas lain disembunyikan.

"Mangsa hanya mampu memberitahu tiada lagi barangan berharga mahupun wang tunai disembunyikan dalam rumah," katanya. Bagaikan tidak puas hati dengan kenyataan mangsa, mangsa sekali dikejutkan dengan tindakan seorang daripada penjenayah terbabit apabila tergamak merogol isteri mangsa di depannya.

Lebih menyayat hati, seorang anak mangsa yang tidur bersama pasangan itu dipaksa melihat ibunya diperkosa perompak terbabit. Katanya, si suami hanya mampu merayu kepada penjenayah terbabit namun rintihannya tidak diendahkan, malah isterinya tetap dirogol sambil disaksikan rakan jenayah lain yang ketawa seolah-olah melihat pertunjukan.

Puas dengan perilaku tidak berperikemanusiaan itu, keempat-empat warga Indonesia terbabit merampas kunci kenderaan milik mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira itu. Selang beberapa minit kemudian, mangsa melepaskan diri dengan bantuan dua anak lain sebelum melaporkan kejadian di balai polis berhampiran.

Difahamkan, tiga beranak terbabit turut mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini dan mereka kini trauma selepas terpaksa melalui peristiwa menyayat hati itu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, mengesahkan kejadian yang menimpa lima beranak terbabit dan pada masa sama berjanji melakukan operasi besar-besaran bagi memberkas empat suspek terbabit.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan keempat-empat suspek bukan menetap secara langsung sekitar daerah ini dan disyaki melakukan jenayah secara berpindah-randah. "Namun itu tidak membataskan tindakan kami untuk mengesan mereka. Kami akan bekerjasama dengan pasukan anggota penguat kuasa di seluruh negara dalam misi mengesan penjenayah terbabit supaya mereka didakwa di muka pengadilan dan dihukum atas kekejaman dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Pada masa sama, beliau menyeru orang awam yang menjadi saksi atau mempunyai maklumat kejadian itu supaya segera hadir di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. Katanya, setakat ini, polis sudah menemui semula kenderaan milik mangsa yang dilarikan penjenayah terbabit dalam semak sekitar daerah ini, kira-kira 24 jam selepas kejadian itu dilaporkan. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 395 kanun sama kerana melakukan jenayah pecah rumah secara berkumpulan. - HARIAN METRO

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails