VVIP DENAI CINTA

28 Februari 2010

SUSULAN KES KANAK-KANAK DIDERA SAMPAI MATI


MUSNAH DAN PINCANGNYA INSTITUSI MASYARAKAT DAN KEKELUARGAAN DI MALAYSIA DAPAT DILIHAT MELALUI KES YANG MENIMPA KANAK-KANAK MALANG; SYAFIA HUMAIRAH SAHARI YANG DIDERA SEHINGGA MATI.

Kes penderaan yang menimpa adik Syafia ini kalau dilihat ia dari sudut jenayah, ia adalah satu kes yang 'berulang-ulang' lantaran sikap kebinatangan serta keiblisan yang menutup keimanan dan kewarasan. Namun penderaan yang dialami mangsa telah membuka pelbagai cerita serta persoalan tentang permasalahan sosial yang nampaknya kian parah menimpa umat melayu khususnya yang beragama Islam di bumi Malaysia ini.

AKAN TERJAWABKAH PERSOALAN-PERSOALAN INI...?
  • Isteri yang belum bercerai, bersekedudukan hingga melahirkan anak.
  • Si perempuannya termengandung lagi
  • Suaminya kini dalam tahanan (penjara) kerana kesalahan 302 Kanun Keseksaan. Kekasihnya pula adalah penagih dadah dan sekarang disabitkan kesalahan di bawah akta sama; 302!!!
  • Ibu dan kekasih bersama-sama mendera anak yang tidak berdaya hingga mati!!!
  • Apakah jiran-jiran serta saudara-mara terutamanya datuk dan nenek mangsa tidak tahu penderaan serta penderitaan yang dialami mangsa?
  • Apakah Datuk dan saudara-mara serta jiran-jiran tidak tahu ibu mangsa bersekedudukan sehingga melahirkan anak?
  • Apakah ahli masyarakat tidak ambil pusing tentang perilaku ibu mangsa dan suspek yang tinggal bersekedudukan?
  • Apa tindakan seterusnya dari pihak Polis?
  • Apa tindakan seterusnya dari pihak Jabatan Agama serta Mahkamah Syariah?


Pemandu Teksi Bukan Sahaja Berdepan Kes Bunuh, Tetapi Kes Bersekedudukan

KUALA LUMPUR, 27 Februari : Pemandu teksi, yang berdepan dengan tuduhan membunuh kerana dipercayai mendera sehingga mati anak perempuan teman wanitanya, juga bakal dihadapkan ke Mahkamah Syariah kerana bersekedudukan dengan ibu mangsa sehingga melahirkan seorang anak luar nikah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Bakhtiar Rashid berkata polis akan merujuk lelaki berumur 28 tahun itu dan ibu mangsa, 25, ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk tindakan lanjut setelah didapati tidak berkahwin tetapi hidup bersama sehingga mempunyai seorang anak berusia setahun enam bulan hasil perhubungan selama enam tahun.

"Ibu mangsa masih belum bercerai dengan suaminya tetapi berlagak seperti sepasang suami isteri dengan suspek," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.

Semalam, Bernama melaporkan kanak-kanak perempuan, Syafia Humairah Sahari, tiga tahun, mati dipercayai akibat didera oleh teman lelaki ibunya di rumah mereka di Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali dekat ini, pada Khamis lepas.

Bakhtiar berkata suspek itu kini ditahan reman tujuh hari sehingga 4 Mac ini di lokap Balai Polis Kuala Kubu Baru bagi membantu siasatan kes berkenaan. Katanya polis akan memohon untuk melanjutkan reman sehingga 14 hari terhadap suspek bagi menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu, katanya, suspek juga positif dadah setelah ujian air kencing diambil semasa dalam tahanan. Bakhtiar berkata polis juga akan menahan enam individu termasuk ibu mangsa dan saksi di tempat kejadian yang mempunyai kaitan dengan kes kematian kanak-kanak perempuan itu.

"Kita akan membuat tangkapan secara menyeluruh termasuk kemungkinan menahan emak (ibu mangsa) yang melakukan perbuatan sama mendera anaknya itu. Saksi akan turut diambil keterangan berikutan ada beberapa orang yang melihat kejadian berlaku tetapi tidak melaporkan kepada polis," katanya.

Selain itu, katanya, polis akan mengambil keterangan bapa mangsa yang kini ditahan reman tanpa boleh dijamin di Penjara Sungai Buloh sejak 2006. Bakhtiar berkata hasil bedah siasat ke atas mayat Syafia Humairah di Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) pada 10.30 pagi ini mendapati kematian kanak-kanak itu adalah akibat kecederaan serius berikutan terdapat pendarahan di otak dan pecah pada bahagian abdomen.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan juga mendapati terdapat penderaan berterusan pada badan mangsa. Ada kesan-kesan kecederaan luaran yang baru dan lama dilakukan dipercayai dipukul oleh benda keras.

"Pada bahagian belakang tubuh badan mangsa pula terdapat lebam selain leher, pipi dan bahunya," katanya. Menurutnya keluarga ibu mangsa telah menuntut mayat kanak-kanak itu dari Bilik Mayat HKKB pada kira-kira 1.30 petang tadi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Sungai Buloh petang ini.


Sumber : BERNAMA

2 ulasan:

manjeamusyuk berkata...

tu yg heran tgk mak budak ni nangis2 dlm tv. Patutnye dia melompat heepi sbb dh berjaya meletakkn ank dlm bahaya sehingga "membunuhnya"...

manjeamusyuk berkata...

sakit hati tgk muka mak adik syafia ni & boipren berhati binatang dia tu..rase nk suruh pakat2 pijak kepala dia lak, biar rase penderitaan sikecil tu

Related Posts with Thumbnails